Sabtu, 2 November 2013

Jirim (matter) menyerap (absorbs) haba apabila dipanaskan dan menyingkirkan(expels) haba apabila disejukkan.
 
Isipadu (volume) jirim berubah apabila ianya dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).
 
Apabila dipanaskan:
  • Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba (heat energy) untuk menukarkannya kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy) menyebabkan zarah bergetar (vibrate) dengan lebih cepat.
  • Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.

Apabila disejukkan:
  • Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan.
  • Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu jirim juga turut berkurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan